Communication Skills Program Bahagian 2

Pada 17 – 21 Mei 2015 bertempat di Bilik Audio, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah telah diadakan Communication Skills Program yang terbuka kepada 50 orang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh Elnet Talent Solutions.

Program ini bertujuan membantu para peserta untuk lebih yakin dalam proses temuduga selain daripada mempelajari tentang teknik menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah. Selain itu, peserta dapat mempelajari tentang cara berkomunikasi di dalam pekerjaan dengan berkesan dan peserta akan didedahkan dengan cara dan teknik dalam melakukan pembentangan kertas kerja dengan lebih berkesan.

Majlis penutup telah disempurnakan pada 21 Mei 2015 (Khamis) oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang MPJBT, Encik Tan Cher Puk sebagai wakil rasmi Yayasan Penyayang MPJBT dan turut dihadiri oleh Dr. Elilen Chandra selaku penceramah dan pengajar sepanjang program berlangsung.

Program ini merupakan program tajaan penuh oleh Yayasan Penyayang MPJBT. Segala perbelanjaan seperti yuran kursus dan jamuan makan telah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Penyayang MPJBT.

Communication Skills Program 2

 

Communication Skills Program 2

 

Communication Skills Program 2

 

Communication Skills Program 2

 

Communication Skills Program 2

 

Posted in Kursus.