FAQ

 


Apakah tujuan sebenar dan hala tuju Yayasan Penyayang MPJBT ini?

PENGERUSI YPMPJBT : MPJBT berperanan khususnya dalam soal kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat di seluruh negeri Johor. Menerusi yayasan ini, segala sumbangan atau derma yang diterima akan dikawal selia secara profesioanal. Menjalin hubungan kerjasama dengan institusi swasta dan korporat dalam melaksanakan ‘Tanggungjawab Sosial Korporat CSR”.


Kelompok pertama yang menjadi sasaran program bercorak kebajikan di bawah Yayasan Penyayang MPJBT?

Pengerusi YPMPJBT : Golongan miskin bandar dan mereka yang kurang berkemampuan. Penyelidikan akan dibuat terlebih dahulu untuk mengemaskini data kemiskinan dan profil penerima bantuan agar objektif yang disasar akan mencapai matlamatnya.Program berasaskan perayaan, pendidikan dan bantuan kecemasan turut dilaksanakan.


Dari aspek manakah kualiti hidup yang menjadi keutamaan pihak Yayasan Penyayang MPJBT?

Pengerusi YPMPJBT : Dengan dua bentuk bantuan iaitu Bantuan Sewa Rumah dan Bantuan Membaiki Rumah, masyarakat yang layak akan mendapat manfaat daripada usaha yang bakal dijalankan.Untuk anak-anak, tersedia pakej kelas tambahan bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran.


Harapan yang di impikan hasil dari penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT?

Pengerusi YPMPJBT : Tiada lagi keciciran dan pihak yayasan dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan miskin, kurag uapaya dan golongan yang memerlukan di kawasan perbandaran. Pihak yayasan akan bergerak melalui tiga strategi iaitu pendekatan secara langsung dengan kumpulan sasar, pendekatan secara institusi secara kerjasama dengan instiitusi luar dan pendekatan secara dasar menerusi kerjasama dengan tokoh pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.


 

(Source: Gemilang Gelang Patah)