Latarbelakang

 

            PENGENALAN YAYASAN PENYAYANG MPJBT

 

1.0      LATAR BELAKANG

1.1.      Cadangan penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT merupakan arahan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor semasa mula mengambil alih jawatan pentadbiran Kerajaan Negeri. Butiran cadangan penubuhan Yayasan ini kemudiannya telah dimaklumkan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dalam mesyuarat bulanan bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor pada 24 Jun 2013.

1.2.      Kertas kerja Penubuhan Yayasan Penyayang MPJBT telah disokong  dalam Mesyuarat Kewangan dan Perkara Am KK:JKKPA 150/2013 pada 17 Disember 2014 dan telah diluluskan dalam mesyuarat penuh Bil:12/2013 bertarikh 31 Disember 2013.

 

1.3.      Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 23 April 2014 telah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil. 1225/2014 dan telah mengambil keputusan Bersetuju supaya Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditubuhkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor.

 

 

2.0      UNIT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

Sebelum penubuhan yayasan Bahagian Khidmat Masyarakat bertanggungjawab kepada Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

2.1       Menguruskan dan menyelaras permohonan-permohonan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dan e-Kasih.

2.2       Melakukan siasatan dan lawatan ke atas permohonan.

2.3       Permohonan diluluskan serta bantuan kewangan disalurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

2.4       Memberitahu dan membuat bayaran kepada penerima bantuan sebagaimana diluluskan.

2.5       Merekod penyata vot penerima bantuan dari senarai KWPKB.

2.6       Kemukakan maklumat permohonan bantuan ke Mesyuarat Focus Group.

2.7       Tugas dan peranan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) adalah menguruskan bantuan sewa rumah, bantuan andars, bantuan sekolah, bantuan ibu tunggal dan lain-lain.

2.8       Mulai tahun 2011, Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) hanya menguruskan bantuan sewa rumah sahaja.

 

3.0      OBJEKTIF

Tanpa prejudis kepada kegunaan am Tabung Amanah, Pemegang-Pemegang Amanah mempunyai kuasa dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa menggunakan tabung tersebut sama ada sebahagian atau keseluruhan daripada pendapatannya secara eksklusif bagi mencapai objektif-objektif berikut:

3.1.     Bagi mengawal selia segala sumbangan atau derma yang diterima daripada pihak individu, pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan badan­-badan korporat di bawah satu tabung khas yang dikendalikan oleh satu badan amanah yang didaftarkan.

3.2.     Mengatur, mengendali dan menyokong pelbagai program dan aktiviti kebajikan, pendidikan, ekonomi dan andar masyarakat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri serta meningkatkan tarat sosio ekonomi dan kehidupan golongan miskin dan kurang upaya di kawasan perbandaran (yang berada di bawah paras kemiskinan andar di mana pendapatan per kapita di bawah RM220.00).

3.3.     Memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi swasta, badan korporat dan para penderma dalam melaksanakan “Tanggungjawab Sosial Korporat atau “Coporate Social Responsibility (CSR)” terhadap masyarakat.

3.4.     Memastikan hubungan antara pihak Pengasas dan masyarakat setempat yang tinggal di kawasan pentadbiran Pengasas dapat terjalin dengan baik dan harmoni demi kesejahteraan rakyat.

 

4.0      STRATEGI

4.1       Pendekatan secara langsung yang disasarkan terus kepada kumpulan sasar.

4.2       Pendekatan secara institusi iaitu secara kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, syarikat swasta, pertubuhan sukarela dan pertubuhan akar umbi.

4.3       Pendekatan secara dasar iaitu dengan cara bekerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kerajaan tempatan, kerajaan negeri, dan kerajaan pusat, pemegang dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.