Permohonan Am

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Yayasan Penyayang MPJBT


Bantuan Banjir / Ribut / Bencana Alam

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah menetap di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
  4. Pemohon berstatus ibu tunggal diutamakan.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan dokumen-dokumen sokong seperti laporan polis/bomba yang mengesahkan tempat tinggal dibadai bencana.
  6. Pemohon mestilah mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
  7. Pemohon perlulah mengemukakan salinan:
    1. Kad pengenalan pemohon.
    2. Pendapatan pemohon.
    3. Satu bil utiliti rumah pemohon.


Bantuan Kebakaran Rumah

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah menetap di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
  4. Pemohon mestilah mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
  5. Pemohon perlulah mengemukakan salinan:
    1. Kad pengenalan pemohon.
    2. Laporan kebakaran dan punca kebakaran daripada Jabatan Bomba Malaysia.
    3. Pendapatan pemohon.
    4. Satu bil utiliti rumah pemohon.


Bantuan Membaiki Kerosakan Rumah

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah menetap di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
  4. Pemohon berstatus ibu tunggal diutamakan.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan gambar-gambar yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
  6. Pemohon perlulah mengemukakan salinan:
    1. Kad pengenalan pemohon.
    2. Pendapatan pemohon.
    3. Satu bil utiliti rumah pemohon.


Muat Turun Borang Permohonan Am (PDF | 178kb)