Program Senamrobik Bersama Yayasan Penyayang MPJBT

Majlis Perasmian Program Senamrobik Bersama Yayasan Penyayang MPJBT telah diadakan pada 6 Ogos 2016 yang bermula 7.45 pagi di Taman Rekreasi Pulai Indah, Taman Pulai Indah. Program ini telah disempurnakan oleh Pn. Fazilah Binti Musakuti, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (Zon Pulai Indah) Program Senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Noor Aishah binti Md Yunus dari A’sha Beaute Corner. Sambutan hangat diterima daripada penduduk Taman Pulai Indah dan kawasan sekitar. Jom Sihat Bersama Yayasan Penyayang MPJBT!!! Jom datang beramai-ramai memeriahkan Program Senamrobik Bersama Yayasan Penyayang pada hari Sabtu setiap minggu bermula jam 7.45 pagi di Taman Rekreasi Pulai Indah, Taman Pulai Indah. Penyertaan adalah PERCUMA!!!…

 

Posted in Uncategorized.