11222176_1689829847913749_6817458455591763565_n

Program ‘Talent Development’

Program ‘Talent Development’ anjuran Yayasan Penyayang MPJBT telah diadakan pada 2-3 Oktober 2015 yang lalu. Program ini dikhususkan kepada masyarakat India. Seramai 35 orang peserta yang hadir di dalam program ini

Di akhir program ini, para peserta dapat mempelajari tentang cara-cara untuk membuka perniagaan, daya untuk menyelesaikan masalah di dalam perniagaan, strategi untuk berjaya di dalam perniagaan, cara-cara untuk membentangkan kertas kerja dan cara efektif untuk berkomunikasi di khalayak ramai. 

12038452_1689829594580441_3453741665638320324_n 12108972_1689829514580449_8933351832117002471_n12143116_1689829544580446_62786561148543701_n 12105716_1689829601247107_480341921832465607_n12108070_1689829564580444_7857947169167080670_n

Dr Elilen Chandra daripada Elnet Talent Solutions dilantik sebagai konsultan bagi menjalankan program ini. Tuan Haji Mohamad Khairi bin A.Malik telah dijemput bagi memberikan ucapan semangat dan motivasi kepada para peserta. Selain itu, Encik Nor Hisham bin Hussein turut diundang bagi membicarakan tentang peluang kerjaya dan perniagaan yang disediakan pembangunan IRDA.

12088390_1689829734580427_4407305274476705490_n 12106794_1689829737913760_7570819384042492345_n11222176_1689829847913749_6817458455591763565_n

Maklumbalas yang diterima daripada peserta mengenai program ini amat baik. Para peserta juga berharap agar Yayasan Penyayang dapat menganjurkan lagi program seperti ini pada masa akan datang. Tambahan lagi, para peserta juga mahukan supaya program ini dapat dilakukan pada jangka masa yang panjang.       12118943_1689829844580416_5843828055067630559_n

12072746_1689829974580403_3796662803175283892_n 

12108174_1689829854580415_847158764173997436_n

Posted in Kursus.